Sumber kepada hujan meteor Lyrids ini ialah Komet C/1861 G1 (Thatcher). Meteor Lyrids biasanya mempunyai magnitud +2, namun sesetengahnya boleh menjadi lebih terang, dikenali sebagai Lyrids Fireball. Radian Lyrids ini terletak pada gagasan Lyra, di mana terletaknya Vega, bintang kelima cerah di langit dan juga satu daripada tiga bintang yang membentuk Summer Triangle.
Walaubagaimanapun, kita tak perlu mencari titik radian untuk melihat hujan meteor ini kerana apa-apa meteor akan muncul secara tiba-tiba di semua bahagian langit. Vega mempunyai peranan tersendiri dalam mempengaruhi kadar hujan meteor Lyrids. Semakin tinggi Vega terbit dari ufuk, semakin cerah peluang untuk melihat meteor.
Hujan meteor Lyrids adalah antara yang terawal dicerap, iaitu melebihi 2600 tahun berbanding Geminids yang hanya pertama kali dicerap 150 tahun yang lalu. Aktiviti melihat dan mencerap Lyrids ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan untuk Global Astronomy Month 2011. Perlu diingat bahawa pada masa ini fasa bulan berada pada keadaan penuh, jadi kadar kenampakan untuk hujan meteor Lyrids apabila berada di kawasan bulan penuh akan berkurang sekali ganda akibat cahaya bulan yang secara automatiknya menjadi pencemaran cahaya. Cuba cubalah cari kawasan yang tidak dipengaruhi cahaya bulan agar penglihatan tidak terjejas untuk aktiviti ini.
EarthSky.Org
0 comments:
Post a Comment